
Seorang pempengaruh dan usahawan wanita akhirnya mendedahkan punca dia dan bekas suaminya yang juga seorang individu berpengaruh berpisah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Dalam Video Itu Bukan Sabronzo’ – Amyera Dedah Sudah Bercerai Dengan Shahrul Nasrun
Suka langgan perempuan?

Menerusi hantaran di Instagram Stories, usahawan itu berkata dia nekad untuk bercerai disebabkan sudah tidak tahan dengan sikap bekas suami yang didakwa kerap berlaku curang dan gemar melanggan wanita untuk melepaskan nafsu.
Ini aku bagi teaser kenapa aku bercerai dengan dia. Konon nak buktikan kepada netizen cari perempuan bertudung. Sebab nak nampak dia baik. Padahal dia suka langgan dekat onlyfans.
Dia sewa satu tempat khas untuk panggil perempuan simpanan dia dan pelacur. Dia akan pergi situ setiap hari waktu kerja. Sebab situ area office kawan dia.
Sejak dia tidak boleh pergi hotel, sebab aku ada lokasi dia. Kalau dekat situ tidak kantoi. Dan ini bukan tempat pertama, ini adalah tempat kedua.
Dalam pada itu, usahawan berkenaan turut memuat naik gambar peralatan seks, kondom dan bahan pelincir didakwa milik bekas suaminya.
Tidak hanya itu, dia juga memaparkan tangkap layar mesej yang diterima daripada beberapa individu didakwa pernah dilanggan oleh bekas suaminya.
Tegas usahawan berkenaan lagi, dia bertindak memuat naik perkongsian tersebut disebabkan ada pihak yang didakwa mengganggu ketenteramannya.
Dia nak bagi orang nampak aku jahat sebab aku kan sexy. Itu je motifnya, tapi salah langkah. Aku dah sedia awal. Aku jenis tak kacau orang, tapi kalau kau kacau aku silap besar bro.
Jadi pengajarannya, tak payah la try hard sangat nak tunjuk baik. Tiada siapa hairan pun, yang kenal kau tahu perangai kau macam mana.
Kalau aku nak post perangai musibat kau daripada awal sampai kita cerai, sebulan pun tak akan habis. Jadi, kalau dah tahu diri itu jijik, baik kau senyap je.
Screenshot



Sumber: Instagram








