Pempengaruh media sosial, Nurin Alisa tampil memberikan penjelasan selepas memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang membayar zakat fitrah.

Artikel Berkaitan: Dikecam Jaja Masalah Peribadi Pada Amil Zakat, Nurin Alisa Tampil Pertahankan Diri – ‘Dah 3 Tahun Tertunggak’

Artikel Berkaitan: Siapakah Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah Untuk Perempuan Bekerjaya & Belum Berkahwin? Baca Ini…

Penjelasan Nurin Alisa

@bullisa

Replying to @Nana 🎀 perlu bayar juga and Amil tu tksalah pon

♬ original sound – Nurin Alisa – Nurin Alisa

Menerusi hantaran di TikTok, Alisa memaklumkan bahawa pada hari kejadian tersebut dia hanya ingin mengetahui tentang tanggungjawab membayar zakat fitrah untuk anaknya.

Apa yang terjadi adalah saya bertanya kepada amil zakat tersebut sebab saya tak tahu, jadi kenalah tanya kepada orang yang lebih bijak.

Saya sebut tentang nafkah kerana sekarang ini saya adalah pembayar nafkah tunggal untuk anak. Jadi saya nak tahu, kewajipan itu jatuh pada saya atau bekas suami?

Bagaimanapun, Alisa kemudian bertindak merujuk seorang ustaz untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas. Menurut Alisa, dalam situasinya, zakat fitrah anak tetap perlu ditunaikan.

Saya sudah rujuk ustaz, ustaz kata kalau saya atau bekas suami tak bayar, anak kami takkan tertunai kewajipan zakat fitrahnya.

Ia akan menjadi hutang yang dipanggil qada. Kalau tahun ini tak bayar, tahun depan kena bayar..tetap kena bayar.

Sudah dua tahun saya bayar. Sesusah-susah saya, itu adalah nafkah semestinya saya nak kewajipan anak tertunai sebab ia mensucikan diri, membantu orang-orang miskin. Jadi, saya nak buat sedaya upaya untuk anak.

Dalam masa yang sama, Alisa kesal kerana tindakannya telah disalah tafsir oleh segelintir warganet dan menjelaskan bahawa dia telah cuba menghubungi bekas suaminya, namun panggilannya tidak dijawab.

Apa yang amil zakat cakap tu betul. Saya cuba hubungi bekas suami dan warisnya tak dapat.

Ustaz itu kata, kita boleh menganggap dia mati. Oleh itu, menjadi kewajipan untuk penjaga anak membayar zakat.

Tapi saya tak boleh anggap dia mati, dia masih ada. Jadi, ia kewajipan yang saya bayarkan. Kalau tak bayar mungkin anak saya tak dapat dosa, tapi tak tertunai kewajipan dia.

Ini adalah satu kesedaran yang saya nak buat tapi ramai orang yang salah anggap.

Terdahulu, video tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila Alisa dilihat bertanya secara langsung kepada amil zakat mengenai status tanggungjawab bayaran tersebut berbanding bekas suaminya.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa Alisa tidak sepatutnya melibatkan amil zakat dalam urusan peribadi atau berkongsi masalah rumah tangga di kaunter zakat.

Sumber: TikTok Nurin Alisa