
Usahawan dan pengasas produk kecantikan, Azura Baharudin tampil berkongsi kisah peribadinya selepas tular kes seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang didakwa merogol cucunya sendiri, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Amanda Manopo Tak Sedar Diraba Ketika Dikerumuni Peminat
Artikel Berkaitan: Nadin Amizah Dakwa Diraba Peminat Ketika Konsert – ‘Rasa Kotor Dengan Tubuh Sendiri’
Diraba imam?

Menerusi hantaran di Threads, Azura memuji tindakan ibu mangsa yang disifatkannya berani kerana segera mempercayai cerita anaknya dan pantas membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Kes atuk rogol cucu itu, saya memang salute dengan ibu mangsa sebab dia berani dan terus percaya cakap anak sendiri.
Dalam perkongsian sama, Azura turut membuka kisah hitam yang pernah dilaluinya kira-kira 30 tahun lalu apabila mendakwa pernah menjadi mangsa cabul seorang imam.
Katanya, individu tersebut dipanggil untuk memberi nasihat kepadanya, namun keadaan bertukar sebaliknya apabila lelaki berkenaan didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Masa saya diraba dan dicium mulut oleh seorang imam dulu, tak ada siapa percaya sebab orang nampak saya budak nakal.
Keluarga panggil dia kononnya untuk nasihatkan saya berubah, tetapi dia ambil kesempatan terhadap saya. Apabila saya mengadu, orang lain tak percaya sebab dia seorang imam.
Dalam masa sama, Azura mengingatkan ibu bapa dan ahli keluarga supaya tidak mengambil mudah setiap aduan yang dibuat oleh anak-anak meskipun perkara yang diceritakan kadangkala sukar dipercayai.
Terdahulu, seorang lelaki berusia 67 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Kes itu dipercayai terbongkar selepas pelajar berusia 13 tahun itu menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya. Wanita itu kemudian membuat laporan polis dua hari lalu.
Sumber: Threads








