berita

Usahawan Kosmetik Bergelar Datin Ditahan Edar Dadah Berjumlah RM2.34 Juta

May 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang usahawan bergelar Datin telah ditahan oleh pihak polis di Kota Bharu, Kelantan selepas disyaki terlibat dalam satu sindiket pengedaran dadah. Pihak polis juga telah merampas dadah bernilai RM2.34 juta selain menyita menyita enam kereta, dua motosikal, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000.

Rampasan berjumlah RM2.34 juta

Foto: Harian Metro

Memetik laporan daripada Malaysiakini, pihak polis berhaya menahan seramai 11 orang individu termasuk tujuh lelaki, empat wanita warga Thailand dan seorang usahawan kosmetik bergelar Datin. Difahamkan, Datin tersebut merupakan warga Thailand dan berusia 48 tahun telah berselindung di sebalik penjualan produk kosmetik.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya telah merampas 180,000 biji pil yaba dan 14.9kg syabu di lima lokasi di tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Pada 4.30 petang kelmarin, pihak polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kota Bharu dan merampas dua botol plastik mengandungi cecair kehitaman disyaki kodein dan 180,000 biji pil kuda.

Susulan tangkapan itu, polis menahan dua lagi lelaki pada jam 4 petang semalam dalam sebuah kereta di Kampung Kedai Mulong dan merampas 17 bungkusan mengandungi syabu seberat 14.9 kg.

Sindiket aktif beberapa bulan

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, sindiket yang dikenali dengan ‘sindiket Datin’ ini berjaya ditumpaskan hasil daripada intipan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.

Kejayaan tangkapan ini adalah susulan tangkapan terdahulu dan kita percaya sindiket ini bergerak aktif sejak beberapa bulan lalu. Bekalan dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Pantai Timur termasuk Terengganu dan Pahang.

Kesemua suspek ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Malaysiakini

SKIP THIS AD ×