berita

Usahawan Thailand Tawar RM1.2 Juta & Perniagaan Durian Buat Lelaki Berjaya Pikat Anaknya

March 5th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi portal Bangkok Post, seorang usahawan durian menawarkan wang tunai sebanyak 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.

Pengusaha durian yang dikenali Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon, Thailand itu mahu mencari pasangan buat anaknya, Kansita Rotthong, 26, untuk mengendalikan perniagaan duriannya.

Tidak akan minta satu sen pun

Mereka yang tahu bagaimana untuk membeli dan memilih durian dari kebun buah boleh memperisterikan anak saya.

Saya tidak meminta satu sen pun sebaliknya saya akan memberinya wang tunai 10 juta baht, 10 kereta, sebuah rumah, dua pasar durian dan anak perempuan yang memiliki berpendidikan tinggi dari Universiti Assumption dan Universiti Sun Yat-sen, China.

Menurutnya, dia sebenarnya ingin bersara dan menyerahkan perniagaannya yang turut mengeksport durian kepada bakal menantu.

Ingatkan bergurau

Sementara itu, menurut anak perempuan tunggalnya itu, Kansita Rotthong, dia sangkakan tindakan bapanya itu sebagai gurauan semata-mata, namun tidak bagi bapanya.

Saya ingat dia bergurau namun bapa benar-benar serius ingin mencari bakal menantu. Saya dan adik beradik lain menghormati keputusannya.

Adik beradik lain sudah mempunyai keluarga sendiri, mungkin ayahnya takut tidak berpeluang bertemu menantu dalam kehidupan ini.

Kansita turut bergurau mengenai permintaan bapanya itu yang dianggap ‘kempunan’ mahu menantu. Dia juga berharap agar mendapat seorang lelaki yang baik yang bekerja keras serta menyayanginya keluarganya.

Harus bekerja keras

Menurut Anont Rotthong, menantunya tidak perlu menjadi kaya dan berpendidikan tinggi kerana dia turut memulakan perniagaannya dari ‘zero’. Tambahnya lagi, dia ingin memberi peluang kepada mana-mana lelaki yang rajin untuk mewarisi perniagaannya.

Bakal menantu saya mestilah seorang yang baik dan tidak boleh menjadi seorang penjudi, yang penting harus bekerja keras pentingnya dan benar-benar mencintai anak perempuan saya.

Buat masa kini, Anont telah menjalankan dua pasar durian di Chumphon, termasuk pasar Uay Chai di tambon Wang Takor dari daerah Lang Suan.

Sumber : Bangkok Post 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×