Ternyata, usia bukanlah satu halangan untuk seorang wanita yang berumur 104 tahun ini melakukan terjunan udara.
Artikel Berkaitan: Nenek Umur 92 Tahun Semangat Pergi Sekolah, Belajar Membaca & Mengira
Artikel Berkaitan: Nenek Umur 85 Tahun Dirogol Pemuda, Kemaluan Alami Kecederaan Kritikal & Bibir Dikelar
Mencipta rekod dunia
Menerusi laporan Chicago Tribune, Dorothy Hoffner, 104 telah menjadi individu yang tertua melakukan terjunan udara.
Dorothy pernah mencuba terjunan udara ini pada umur 100 tahun, dan dia ingin mencipta rekod dunia untuk terjunan udaranya yang kedua ini.
Difahamkan, Dorothy telah melakukan terjunan udara yang bersejarah ini dengan bantuan penerjun, Derek Baxter.
Setelah mendarat, Dorothy bersama-sama Baxter dan rakannya, melambai ke arah orang ramai yang berkumpul di sepanjang jalan untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah ini.
Dalam pada masa yang sama, Dorothy juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar dan orang ramai kerana menyaksikan detik istimewa dalam hidupnya itu.
Tambah Dorothy, dia turut menggalakkan semua orang mencuba terjunan udara ini.
Sumber: Chicago Tribune