berita

Ustaz Abdul Somad Selamat Bernikah Gadis 19 Tahun

April 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, pendakwah terkenal Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad (UAS), telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang berusia 19 tahun. Berita tersebut dikongsikan oleh Ustaz Abdul Somad sendiri di akaun Instagramnya. Tahniah!

Selamat bernikah

Dari Abu Hurairah ra, ketika Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang menikah, beliau mengucapkan: “Semoga Allah memberikan berkah kepadamu, semoga Allah memberkahimu dan Allah satukan kalian berdua dalam kebaikan”. (HR. Abu Daud).

Menurut Ustaz Abdul Somad, dia selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra, pada pukul 4.30 petang semalam. Beliau juga memohon kepada orang ramai supaya mendoakan ikatan perkahwinan yang baru dibina ini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Menerusi laporan Detik News, Fatimah Az Zahra merupakan seorang gadis lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur. Majlis pernikahan pasangan tersebut dipercayai sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang. Terdahulu, wakil Pejabat Agama Peterongan mengaku bahawa mereka tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan pasangan tersebut dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Selamat wahai guruku

Alhamdulillah ustaz, MasyaAllah turut berbahagia semoga berjodoh dunia akhiratnya Ustaz.

Tahniah ustaz, semoga bahagia hingga ke jannah.

Selamat wahai guruku.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan masyarakat di Indonesia mengucapkan ucapan tahniah buat tok guru mereka. Mereka turut mendoakan supaya ikatan perkahwinan yang telah terbina ini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Sumber: Ustaz Abdul Somad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×