berita

Ustaz Azhar Idrus Tidak Memiliki Tauliah Mengajar

February 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pembatalan kuliah maghrib perdana yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong disebabkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri ini.

Hasil semakan dibuat JAIS

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

Jelasnya, pihak masjid dan surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar.

Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)/ JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuatkuasa di Negeri Selangor.

Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

Pihak masjid dan surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar diberikan mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Terdahulu, menerusi Facebook rasmi UAI memaklumkan kuliah maghrib perdana yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong dibatalkan atas kuasa JAIS.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×