berita

Ustaz Didakwa Cabul Pelajar Sebanyak 20 Kali

November 7th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Indonesia, Tuban, seorang guru mengaji didakwa mencabul pelajar bawah umur sebanyak 20 kali dalam tempoh dua tahun di sebuah institusi pendidikan agama.

Artikel Berkaitan: 20 Pelajar Asrama Dicabul Guru– ‘Mangsa Dicabul Seminggu Sebelum Kahwin, Dia Lakukan Masa Mangsa Tidur’ 

Artikel Berkaitan: Guru Disyaki Cabul Murid 12 Tahun Dicekup Polis 

Artikel Berkaitan: Ibu Hairan Anak Perempuan Lambat Balik Solat Tarawih, Rupanya Dicabul ‘Atok’ 72 Tahun Di Surau 

Sering menangis dalam pelukan ibu

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kompas, mangsa sering menangis dalam dakapan ibu apabila balik dari tempat mengaji. Apabila ditanya, mangsa tidak berani mengatakan apa-apa dan itu membuatkan ibu bapa kepada mangsa risau dengan keadaan anaknya.

Mangsa dikatakan mempunyai perubahan dari segi tingkah laku. Pasangan suami isteri itu bertindak untuk memeriksa telefon bimbit mangsa dan menjumpai bukti perbualan yang menjijikkan.

Daripada pemeriksaan telefon bimbit itulah, ibu bapa kepada mangsa menjumpai perbualan mengenai suspek yang memperkosa anaknya .

Susulan itu, suspek dipercayai pernah melakukan hubungan seks dengan dua pelajarnya selama dua tahun. Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis dan kes masih dalam sisatan.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×