berita

Ustaz Didakwa Rogol 12 Pelajar, 8 Mangsa Sudah Lahirkan Anak & 2 Sedang Hamil – ‘Keseluruhan Ada 9 Bayi’

December 10th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang guru yang bertugas di sebuah yayasan sekolah pondok di Bandung, Indonesia telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mencabul dan merogol 12 orang pelajarnya.

8 mangsa telah melahirkan anak, 2 hamil

Memetik laporan News Detik, suspek yang dikenali dengan nama Herry Wirawan telah melakukan perbuatan keji itu sejak tahun 2016 sehingga pertengahan tahun 2021.

Menurut sumber, kebanyakan daripada mangsa merupakan pelajar bawah umur yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun. Lebih mengejutkan apabila mengetahui lapan daripada mangsa telah pun melahirkan anak manakala dua lagi sedang mengandung. Difahamkan, seramai sembilan orang bayi telah dilahirkan hasil daripada perbuatan jijik suspek.

Suspek yang sudah berkahwin dan memiliki tiga orang anak itu didakwa menggunakan kekerasan dan memaksa kesemua mangsa untuk memuaskan nafsu serakahnya. Suspek bukan sahaja melakukan perbuatan di sekolah bahkan di apartment dan di hotel.

Beri janji manis kepada mangsa

Foto: Sekolah tempat suspek mengajar (News Detik)

Menurut Ketua Seksyen Penerangan Undang-Undang Pejabat Pendakwa Raya Jabar, Dodi Gazali Emil, suspek dikatakan sering memberi janji-janji manis seperti akan membesarkan anak yang dilahirkan sehingga berjaya termasuklah segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Menurut Ketua Lembaga Perlindungan Saksi & Korban (LPSK) iaitu Livia Istania DF Iskandar, suspek didakwa melakukan eksploitasi terhadap anak yang dilahirkan mangsa dengan menjadikan mereka sebagai peminta sedekah.

Fakta persidangan menyatakan anak-anak yang dilahirkan mangsa diakui sebagai anak yatim piatu dan dijadikan sebagai peminta sedekah kepada beberapa pihak. Dana yang diberikan kepada mangsa juga diambil oleh pelaku.

Berikutan daripada itu, kes ini telah dibawa ke mahkamah dan sedang dibicarakan. Setakat ini, sebanyak 21 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Sumber: Kompas TV, Merdeka

SKIP THIS AD ×