Foto: Kosmo Online
Pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom hari ini terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.
Artikel Berkaitan: Ebit Lew & Isteri Dipanggil Ke Bukit Aman, Polis Sahkan Keterangan Sudah Direkod
Artikel Berkaitan: ‘Fitnah Yang Kejam’ – Isu Dakwaan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Maafkan Semua
Ustaz Ebit mengaku tak bersalah
Memetik laporan Kosmo Online, Ustaz Ebit Lew yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani. Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew menyifatkan tuduhan tersebut merupakan dakwaan yang tidak berasas serta dirancang oleh pihak tertentu bagi menghentikan aktiviti kebajikan yang dilakukannya.
Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya.
Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit juga mendakwa hanya tahu mengenai dakwaan tersebut beberapa hari sebelum dia diminta tampil ke mahkamah pada hari ini.
Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah.
Menurut sumber, mahkamah telah menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan. Ustaz Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Terdahulu, Ustaz Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.
Sumber: Kosmo Online