berita

Ustaz Ebit Lew Sumbang 100 Kipas, Aircond Mudah Alih Untuk Kegunaan Hospital & Klinik

April 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew merupakan salah seorang sukarelawan yang bertungkus lumus membantu menghulurkan bantuan. Daripada bekalan barangan keperluan harian, wang ringgit sehinggalah kelengkapan elektronik untuk kegunaan pesakit di hospital semasa Covid-19.

Terbaru, melalui sumbangan yang dikumpulkan di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, Ustaz Ebit telah mendermakan lebih 100 buah kipas, 50 buah penghawa dingin mudah alih dan sebagainya.

Barang sumbangan

Sebak syukur dah sampai 100 kipas, 50 portable aircond, 3 mesin basuh 24 kg,3 mesin jahit, barang lain lagi, face shield dan lain-lain untuk diberikan pada hospital klinik yang memerlukan. Sedih dan kasihan dengan mereka semua dan sentiasa mendoakan dapat membantu walau sedikit.

Pohon doa semua ye. Semoga setiap perbelanjaan ini menyebabkan reda Allah dan dapat membantu seramai mungkin. Setiap malam susah nak tidur walau akhirnya terlelap. Rasa penat. Bangun pagi sebelum Subuh berdoa rahmat dan kasih sayang Allah buat kita semua. Tiada langsung daya upaya melainkan dengan kuasa Allah.

Terima kaseh sentiasa mendoakan ye.

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

2 lori barang asas dapur

Syukur sampai lagi saya order bekalan. 3 hari biasanya habis edar. Doakan yer. Barang asas dapur. Kali ini 2 lori. 1 lori 10 tan dan 1 lori 5 tan. Syukur ramai datang membantu packing. Terima kasih semua.

Doakan ye benar-benar cepat masa berlalu kerana memikirkan saudara yang lain. Doa Allah berkatkan waktu, tenaga, harta supaya dapat bantu walau sedikit seramai mungkin saudara kita tanpa mengira bangsa dan agama.

Kita semua sebuah keluarga. Saat kita saling mendoakan memaafkan menyayangi rahmat Allah akan segera turun. Covid 19 diangkat oleh Allah asbab usaha dan doa kita semua.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×