berita

Ustaz Ebit Lew Tunai Janji Sediakan ‘Foodbank’ Bantu Orang Ramai

September 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Figura Ustaz Ebit Lew merupakan ikon yang dikenali ramai kerana sifatnya yang sering membantu orang yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Usaha beliau ini turut mendapat pujian ramai.

Artikel Berkaitan: Sumbangan Dipertikai, Ustaz Ebit Lew Akhirnya Buka ‘Rahsia’ Bisnes Dimiliki

Terkini, Ebit memperkenalkan sistem foodbank di kedai serbanekanya di Elewsmart. Foodbank ini ditubuhkan untuk memberi barangan keperluan asas kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya tanpa perlu membayar.

Perkenal foodbank

https://www.instagram.com/p/CE_GdGBlG4q/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi video tersebut, Ebit menunjukkan almari foodbank yang mengandungi pelbagai barangan asas keperluan. Barangan tersebut merupakan beras, gula, tepung, dan mi segera.

Barangan tersebut akan ditambah setiap hari mengikut keperluan. Beliau mengakui pernah hidup susah dan pernah mengikat perut demi menyara keluarganya dan itu menjadi sebab utama dia ingin membantu orang di luar sana. Sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan barangan asas keperluan juga turut digalakkan.

Video yang berdurasi 5 saat itu telah meraih 202,885 tontonan dan 670 komen.

Terima Kasih Ustaz

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Ebit atas tindakan mulianya dan mendoakan supaya perniagaan yang diusahakan terus berjaya.

Sumber: EbitLew Elews Mart

SKIP THIS AD ×