berita

Ustaz Kazim Akui Sudah 6 Orang Datang Minta Maaf, Mereka Menangis Teresak-Esak

June 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Penceramah bebas iaitu Datuk Mohd. Kazim Elias  atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengakui seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya bagi meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Dedah Ada Individu Minta Maaf & Mengaku Jadi Orang Suruhan Si Penyihir – ‘Tapi Saya Tak Tanya Siapa’

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Sembunyikan Lagi, Ustaz Kazim Dedah Keadaan Wajah Terkini – ‘Satu Badan Pedih, Gatal & Luka Sampai Darah’

6 individu minta maaf

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ustaz Kazim menerusi satu temu bual eksklusif yang disiarkan secara langsung di Facebook Kosmo! Online semalam. Menurut Ustaz Kazim, dia telah menanggung derita akibat perbuatan sihir sejak dari tahun 1997 lagi sehinggalah sekarang dan setakat ini seramai enam individu telah tampil meminta maaf kepadanya.

Yang mula-mula dua, suami isteri, kemudian tiga orang lelaki semua. Kemudian yang terbaharu, seorang.

Dalam temu bual tersebut, Ustaz Kazim memaklumkan ada di antara mereka menangis teresak-esak di hadapannya sambil mengakui kesilapan yang mereka telah lakukan.

‘Saya derita angkara sihir’

Tambah Ustaz Kazim lagi, antara sebab sesetengah individu sanggup berbuat perkara keji itu kerana perasaan hasad dengki serta faktor rasa tidak puas hati terhadapnya.

Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu. Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya.

Bercerita kembali pengalaman cemas yang dilaluinya kelmarin, Ustaz Kazim memaklumkan terdapat seorang individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba mencekik lehernya.

Macam semalam (kelmarin), saya pergi ceramah di satu tempat. Habis atu ceramah, saya agak dalam lapan orang anggota polis iring saya, kepung saya sebab orang ramai datang. Dalam ramai-ramai anggota polis kepung saya pun, ada terlepas lagi seorang, dia tiba-tiba dia cekak saya punya tekak. Saya tak tahu apa niat dia sebenarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak henti-henti mendoakan agar Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Video


Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×