Pendakwah terkenal iaitu Dato’ Ustaz Elias memaklumkan pernah menerima permohonan maaf daripada seorang individu yang mengaku menjadi orang suruhan kepada pihak yang menyihirnya sehingga membuatkan dirinya menghidap penyakit misteri.
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Sembunyikan Lagi, Ustaz Kazim Dedah Keadaan Wajah Terkini – ‘Satu Badan Pedih, Gatal & Luka Sampai Darah’
Artikel Berkaitan: Kecoh Ustaz Kazim Cari Penawar ‘Sakit’ Kulit, Individu Ini Dedah Luka Itu Adalah Solekan Shooting Filem – ‘Itu Luka SFX’
Ada individu datang minta maaf
Memetik laporan Utusan Malaysia, Ustaz Kazim bagaimanapun tidak bertanya kepada individu berkenaan siapakah gerangan yang tergamak melakukan perbuatan syirik itu terhadapnya.
Semasa saya sakit, ada orang datang jumpa saya minta maaf dan dia kata dia hanya disuruh buat benda-benda itu, saya maafkan dia. Tetapi saya tidak tanya kepada dia siapa yang suruh dia buat benda itu kerana saya tidak mahu apabila saya jumpa orang itu, saya nak marah kepadanya.
Jelas pendakwah terkenal ini lagi, terdapat juga beberapa pengamal perubatan alternatif pernah memberitahu mengenai individu yang menyihirnya tetapi Ustaz Kazim akui dia tidak mempedulikan perkara itu kerana tidak mahu membuat sebarang tuduhan atau andaian.
Saya tidak akan tuduh orang ini buat, orang itu buat sebab berdosa dan saya lebih mementingkan kesembuhan saya dengan izin Allah.
Bercerita dengan lebih lanjut, Ustaz Kazim memaklumkan penyakit misteri yang dihidapinya sedikit sebanyak membuatkan dirinya kurang berkeyakinan dan malu untuk berdepan dengan orang ramai. Jelasnya lagi, dia juga terpaksa menatarias wajahnya untuk menutup kesan disihir. Tambahnya lagi, ‘penderitaan’ yang ditanggungnya itu kadangkala membuatkan dirinya mengalami tekanan. Oleh hal demikian, Ustaz Kazim memohon rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan buat dirinya.