Perkongsian pendakwah terkenal Dato’ Ustaz Kazim Elias mendakwa dirinya menderita penyakit misteri bahagian tangan telah mengundang kebimbangan orang ramai.
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Sembunyikan Lagi, Ustaz Kazim Dedah Keadaan Wajah Terkini – ‘Satu Badan Pedih, Gatal & Luka Sampai Darah’
Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Elias Kongsi Foto Tangan Terbakar & Mohon ‘Bantuan’ Orang Ramai, Netizen Syak Angkara Sihir?
Ustaz muat naik gambar ‘luka’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semalam, Ustaz Kazim menunjukkan terdapat kesan parut seperti ketulan kecil warna hitam di tangan kirinya. Sementara di ruangan kapsyen, pendakwah terkenal ini mengaku sudah tidak tahan menanggung derita selain merayu kepada mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit tersebut tampil untuk membantunya.
Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah.
Tak dinafikan, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengakui bimbang melihat keadaan kesihatan Ustaz Kazim. Bukan itu sahaja, ada di antara pengamal perubatan islam juga menawar diri untuk menghulurkan bantuan kepada pendakwah terkenal ini.
‘Itu adalah kecederaan SFX’
Namun lain pula ceritanya apabila ada seorang individu yang dikenali dengan nama Athillaa D’hun mendakwa luka yang dimuat naik Ustaz Kazim di Facebook adalah Special Effect Makeup (SFX) sahaja untuk penggambaran satu filem yang berjudul Zim Zim Ala Kazim. Namun individu ini mendakwa bahawa Ustaz Kazim memang sebenarnya masih sakit.
Okay lah aku bagi ayat mudah supaya tak ada fitnah. Betul ustaz sakit. Memang ada baki sakit atau kecederaan dia dulu dekat kulit dia tapi untuk jadi lebih artistik, realistik, fantastik kita kena makeup juga bagi tambah untuk nampak realistik di skrin.
Jadi yang ustaz up tu adalah kecederaan SFX. Barangkali caption yang dia maksudkan adalah sakit dia dahulu. Ni yang aku faham. Ingat ehh setiap ayat ada subteks disebaliknya. Jangan baca ikut apa kita faham. Hanya ustaz sahaja tahu apa cuba dia sampaikan.
Sementara menerusi perkongsian seorang individu yang dipercayai adalah MUA (Makeup Artist) yang bertanggungjawab membuat SFX kecederaan pada tangan Ustaz Kazim juga tampil memberi respon berhubung isu viral itu.
Sebelum aku memulakan kerja, ustaz suruh aku duduk atas kerusi depan dia untuk dia bacakan ayat ayat doa dan hembuskan dekat aku supaya aku selamat dan dilindungi Allah sepanjang penggambaran filem Zim Zim Ala Kazim. Dia risau aku takut.
Ustaz memang sakit, aku tengok sendiri keadaan kulit dia. Cuma aku tambah lagi untuk menampakkan efek di dalam skrin. Semoga ustaz sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal macam orang lain.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Ustaz Kazim dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.
Sumber: Athilla D’Hun, Fatimah Ishak