Seorang pendidik di Indonesia yang bergelar ustaz disyaki mencabul dan memperkosa 15 pelajarnya sejak lima tahun lalu.
15 pelajar jadi mangsa
Foto: News Okezone
Memetik laporan media Indonesia, suspek yang berusia 40 tahun itu didakwa menjadikan pelajar di bawah umur sebagai sasarannya untuk melepaskan nafsu.
Selepas perbuatan keji terbongkar, keluarga mangsa bertindak menyerang rumah dan pusat mengaji ustaz berkenaan. Tetapi malangnya, ketika itu suspek telah melarikan diri.
Difahamkan, suspek menggunakan taktik dengan meminta mangsa mengurutnya sebelum melakukan pemerkosaan dan pencabulan. Tidak terhenti di situ, suspek turut mengugut mangsa supaya tidak menceritakan perbuatannya itu kepada keluarga.
Ustaz itu sudah berkeluarga. Jadi muridnya itu disuruh urut sama ustaz itu tapi malah diperkosa, disetubuhi.
Malah menurut sumber, suspek dikatakan sudah melakukan perbuatan tidak senonoh itu sejak bertahun-tahun lamanya iaitu sejak pelajarnya di bangku sekolah rendah sehinggalah mereka kini berada di peringkat menengah.
Sumber: Titahijau Megapolitan, News Okezone