Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa terkilan dengan penganjuran ‘speed dating’ di negara ini antara lelaki dan wanita beragama Islam atas tujuan mencari pasangan hidup.
Artikel berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Dakwa Filem ‘La Luna’ Beri Persepsi Buruk Kepada Agama Islam
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Nak Pergi Cari Rezeki, Jangan Bagi Dia Keluar Perut Kosong’ – Ustazah Asma Harun
Tidak mengikut landasan Islam
Menerusi hantaran di TikTok, Ustazah Asma’ menegaskan proses tersebut tidak mengikut landasan Islam kerana dianggap perbuatan yang menjatuhkan maruah seseorang.
Cuba tuan puan bayangkan, wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian masa tamat, dia teruskan dengan lelaki seterusnya. Boleh jadi, tiga orang akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki yang lain.
Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan. Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib.
Mengulas lanjut tentang komen-komen netizen yang mempertahankan penganjuran berkenaan, Ustazah Asma’ menegaskan mencari pasangan hidup hendaklah dengan cara yang betul.
Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka, namun tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup, untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai syurga.
Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan.
‘Situasi ini sangat merisaukan’
Dalam pada itu, dia turut menyatakan rasa bimbang apabila aktiviti ini dinormalisasikan di mana lelaki dan wanita bebas berjumpa secara berdua-duaan.
Situasi ini sangat merisaukan, jika kita melihat di ruangan komen penjelasan tentang proses ‘speed dating’ ini berjalan, ia tidak lari dari ‘temu janji’ atau ‘dating’ yang kita faham iaitu pertemuan secara berdua-duaan tanpa dihadiri oleh orang yang lebih tua atau dipercayai.
Sedangkan Islam menganjurkan apa jua pertemuan bagi yang mahu berkahwin perlu dihadiri oleh orang tengah agar maruah kedua-duanya terjaga dan tujuan kepada sebuah perkenalan itu mendapat redha Allah SWT.
Sekadar info, ‘speed dating’ atau temu janji ini dianjurkan di sebuah kafe dan diberi masa untuk beberapa pasangan duduk bersama untuk berkenalan antara satu sama lain.
Sumber: TikTok