Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui kos untuk membesarkan anak pada zaman kini agak mahal ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad & Raja Shahiran Timang Cahaya Mata Kedua, Bersalin Secara Pembedahan Akibat Masalah Jantung
Uyaina titip pesan
Walaupun begitu, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini berpendapat bahawa setiap ibu bapa tetap perlu menyediakan barang keperluan asas yang cukup buat anak mereka yang masih kecil.
Realiti hari ini (ekonomi dan barang keperluan bayi) mahal. Anak bukan murah.
Zalim sekiranya kita tak berikan keperluan asas untuk anak-anak.
Tambah pengacara ‘Wanita Hari Ini’, ibu bapa juga perlu bijak merancang kewangan mereka demi menjamin masa depan anak.
Bila dah jadi ibu bapa, ‘financial planning’ kena rancang betul-betul.
Nasihat itu disampaikan Uyaina selepas memuat naik semula (repost) hantaran di Instagram Story mengenai anggaran kos keperluan asas untuk membesarkan seorang bayi pada 2025 lebih RM15,000.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Sumber: IG Uyaina Arshad