Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan zionis Israel memiliki sebuah bank yang dinamakan skin bank atau bank kulit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Berang Ada Rakyat Malaysia Yang Sokong Isra** – ‘Kenapa Susah Faham, Mereka Itu Penjajah!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Jatuh Terpelecok, Otot Kaki Kanan Koyak
Skin bank
Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina mendedahkan bank tersebut diwujudkan bertujuan untuk menyimpan kulit-kulit mayat tentera Palestin yang tewas di medan perang.
Dedah Uyaina lagi, kulit para shuhada itu akan digunakan untuk menggantikan dan merawat kulit tentera Israel yang cedera akibat peperangan.
Bank kulit ini digunakan untuk membantu tentera-tentera Israel yang kulit mereka terluka atau cedera sewaktu perang. Mereka ambil kulit orang Palestin yang mereka sudah bunuh, siat dan simpan untuk kegunaan mereka.
Pada tahun 2009 portal The Guardian ada muat naik posting yang mengkantoikan kegiatan jenayah jual organ yang dilakukan oleh Israel terhadap orang Palestin yang dibunuh.
Sudah pasti Israel menafikan dan tidak mengaku tentang laporan seorang wartawan itu.
Malah kalau tidak silap saya ada satu dokumentasi yang menceritakan tentang skin bank ini. Bila disoal dari mana datangnya kulit-kulit ini, Israel mengaku yang mereka tidak akan ambil dari tentera Israel sendiri, tetapi dari pihak lain.
Ada seorang wanita juga mengaku dalam temu bual domukemantasi itu yang mereka ambil kulit dari tentera Palestin.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata, dia turut mendedahkan zionis Israel akan mengambil organ dan beberapa bahagian anggota lain dari mayat para shuhada.
Kenapa mereka tidak ambil kulit tentera mereka yang sudah mati? Menurut kepercayaan Judaism, mayat Israel perlu masuk ke dalam tanah dalam keadaan selengkap yang mungkin. Jadi tidak boleh ada organ yang hilang atau bahagian anggota yang tidak cukup.
Sudah lah bunuh para shuhada, lepastu korek mata mereka kemudian ambil cornea. Lepastu siat kulit tentera Palestin dan simpan dalam bank.
Korang juga tebuk mayat itu dan curi organ mereka dan jual. Sejujurnya apa lagi yang kejam daripada ini?
Israel menyimpan mayat Palestin dalam sebuah peti ais dengan suhu -40 darjah dengan tujuan yang saya sebutkan tadi.
Dalam masa sama, Uyaina turut menjelaskan mengapa Israeal tetap melakukan perbuatan kejam itu meskipun tindakan itu melanggar undang-undang.
Pasti ada yang bertanya, bukan ke ini melanggar undang-undang? Persoalannya undang-undang apa je yang Israel tak langgar?
Israel sebenarnya tahu yang dasar menahan mayat para syuhada dan mengenakan syarat-syarat sekatan pada upacara pengebumian juga merupakan hukuman kolektif yang dilarang oleh Perkara 50 tahun 1907.
Konvensyen Hague dalam perenggan 15 dan 17 Konvensyen Geneva Pertama, yang mewajibkan kuasa pendudukan untuk menyerahkan mayat para syuhada kepada keluarga mereka dan mengebumikan mereka dengan menghormati maruah mereka mengikut kepercayaan agama mereka sebanyak mungkin. Tapi apa? Mereka tetap tidak ikut!
Video
View this post on Instagram