Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad meluahkan rasa gembira apabila dia akhirnya dapat merasai pengalaman menyusukan anak keduanya menggunakan susu badan.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad & Raja Shahiran Timang Cahaya Mata Kedua, Bersalin Secara Pembedahan Akibat Masalah Jantung
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Saya Mengidam Buah Anggur Dalam Dulang Hantaran Orang Kahwin’ – Uyaina Arshad
Nikmat susu badan
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, perkara tersebut tidak dapat dilakukan kepada cahaya mata sulung disebabkan anaknya itu mengalami masalah lidah pendek atau ‘tongue tie’.
Alhamdulillah, merasa breastfeed (susu badan) untuk baby kali ini. Syukur alhamdulillah.
Pengalaman saya masa Urhan (anak sulung) dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.
Jadi bila baby kedua ini dapat fully breastfeed, saya sangat-sangat bersyukur.
Uyaina berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam hantaran sama, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu menyifatkan pengalaman menyusukan anak menggunakan susu badan adalah sebuah nikmat dari Ilahi.
Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa.
Imbas kembali, Uyaina selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 17 Mei lalu melalui proses pembedahan susulan dia mengalamai masalah jantung.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.
Sumber: Instagram