Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat menimang cahaya mata kedua, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Saya Mengidam Buah Anggur Dalam Dulang Hantaran Orang Kahwin’ – Uyaina Arshad
Artikel Berkaitan: Isu Terima Duit Raya RM3, Uyaina Arshad Luah Rasa Geram Dengan Sikap Segelintir Tak Reti Bersyukur
Anak kedua
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kelahiran bayi kedua pasangan itu tidak didedahkan. Namun difahamkan anak lelaki.
Kami dah berempat sekarang. Alhamdulillah. Doakan untuk keluarga kecil kami.
Menerusi hantaran sama, Uyaina turut memuat naik foto dia sedang mengendong anaknya dan ditemani suami di sisi.
Sementara itu, Raja Syahiran meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.
Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi. Bonda (Uyaina) sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta.
Semoga Raja Urhan (anak sulung) menjadi seorang kekanda yang baik menjadi telandan buat adinda.
Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.
Difahamkan, Uyaina memilih untuk menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor susulan masalah jantung yang dialami.
Terdahulu, Uyaina Arshad mengumumkan bahawa dia dan suami, Raja Syahiran bakal menimang bayi lelaki.
Imbas kembali, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.
Sumber: Instagram