berita

Jennie Blackpink, V BTS Putus Cinta?

December 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu Jennie Blackpink dan V BTS didakwa sudah mengakhiri hubungan percintaan mereka.

Artikel Berkaitan: Sah! Jisoo & Ahn Bo-hyun Dah Putus Cinta, Peminat Desak Hae-in Cepat Masuk ‘Line’

Jennie, V dah putus?

Menerusi laporan Koreaboo yang dipetik daripada berita eksklusif JTBC, V atau Kim Tae-hyung dan Jennie atau nama sebenarnya Jennie Kim didakwa telah membawa haluan masing-masing. Meskipun kedua-dua penyanyi terkenal ini tidak pernah mengesahkan hubungan cinta mereka kepada umum, namun rata-rata peminat percaya bahawa merekaa mempunyai hubungan istimewa.

Hal ini berikutan dengan laporan daripada media dan peminat yang mendakwa kerap melihat V dan Jennie bersama di beberapa majlis.

Malah, Jennie sebelum ini pernah menjemput V dan beberapa rakan baik kekasihnya seperti Park Seo Joon, Choi Woo Shik, dan Park Hyung Sik ke parti peribadi yang dianjurkannya.

Walau bagaimanapun, wakil agensi Blackpink, YG Entertainment dan BTS iaitu BIG Hit Music tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sumber: Koreaboo

SKIP THIS AD ×