Kemalangan yang menimpa seorang pemandu van sekolah dan 12 pelajar di Sepang, petang semalam, dipercayai berpunca dari hilang kawalan di Kilometer 6.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Artikel Berkaitan: Anak Maut Dilanggar Bas Universiti, Ibu Nekad Tuntut Pampasan RM8.2 Juta
Artikel Berkaita: Sempat Rai Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah, Murid Darjah 4 Maut Digilis Lori
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lima Pelajar Universiti Rentung & Maut Terlibat Kemalangan Dengan 2 Treler
Pemandu van dan 12 pelajar cedera
Menerusi laporan Buletin Tv3, pemandu van sekolah yang berusia 32 tahun dan 12 pelajar yang berusia lapan hingga 16 tahun dipercayai mengalami kecederan selepas terlibat dalam kemalangan tersebut. Kesemua mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pemandu van itu mengalami patah di kaki kiri manakala, dua pelajar perempuan dirawat di zon merah. Tambah Wan Kamarul, enam pelajar yang mengalami kecederaan ringan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sumber: Buletin TV3