“Vape Je Pun, Bukan Hisap Dadah” balas komen daripada pelakon Shima Anuar, 24 kepada golongan yang mempertikai dirinya sebagai seorang wanita yang menghisap Vapor.
Kalau kita lihat, sekarang ini memang dah jadi trend orang hisap Vapor termasuklah dalam kalangan selebriti tanah air sendiri. Semalam kami menerima kiriman email daripada pembaca kami dimana, foto Shima Anuar, sedang menghembus asap Vapor dikritik oleh netizen di Instagram.
Bagaimanapun, kami tidak sempat untuk melihat sendiri kerana gambar tersebut telah dipadam olehnya. Selain itu, dia juga ada memuat naik sekeping lagi foto memberi kenyataan sinis kepada mereka yang mengkritik dirinya. Ayatnya begini…
Berdasarkan kiriman yang kami terima, kebanyakkan follower Shima Anuar memberikan komen yang kurang senang dengan tindakan yang dibuatnya kerana dia seorang wanita.
Namun teguran mereka dibalas sinis oleh Shima
Sejurus selepas itu, Shima sekali lagi memuat naik foto dengan kenyataan sinis terhadap kritikan daripada netizen.
Ada juga beberapa rakan artis seperti Eina Azman memberi sokongan kepada Shima Anuar supaya abaikan mereka yang ‘sakit mata’ dengannya.