Isteri kepada vokalis kumpulan Estranged, Rich yang juga merupakan penyanyi Velvet Aduk menafikan dakwaan rumah tangganya sedang dilanda masalah.
Artikel berkaitan: ‘Bersama Kamu’ Nyanyian Velvet Tercalon AIM 20
‘Kami masih bersama’
Memetik laporan Berita Harian, Velvet atau nama sebenarnya Velvet Lawrence Aduk menegaskan mereka masih bahagia sebagai pasangan suami isteri.
Ya, kami masih bersama. Biasalah dalam perkahwinan, bukan setiap masa yang indah-indah. Kalau menyentuh pasal gosip cerai, kami tak pernah langsung ke arah itu.
Saya rasa mungkin kehidupan kami dihakimi menerusi media sosial sahaja. Kalau tidak muat naik hantaran pasal suami, bersayang-sayang, orang tertanya.
Menurut penyanyi kelahiran Sabah ini, dia bagaimanapun akui jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi kerana mahu menjadi privasi keluarga.
Bila kurang nampak gambar suami dan anak-anak, pasti timbul spekulasi. Agak laju juga spekulasi bertebaran. Kami memang perasaan hal itu.
Tapi, saya sangat utamakan untuk simpan soal kehidupan peribadi. Rasa lebih tenang pendekatan begitu kerana saya mahu melindungi orang yang tersayang.
Tidak mengapa kalau kadang-kadang tak payah kongsi kebahagiaan kepada orang lain.
Sekadar info, Velvet dan Rich mendirikan rumah tangga pada Disember 2008 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Joshia, 15, Caroline, 14, Keanu, 10, dan Denika, 7.
Pasangan ini juga membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman demi membina kehidupan berkeluarga.
Sumber: Berita Harian