![[VIDEO] ‘1.2 Juta Likes..Dia Betul-Betul Menjual’ – Netizen Puji Cara Puteri Balqis Reviu Produk](https://asset.ohbulan.com/2026/01/puteri-balqis-2.jpg)
Walaupun sedang berdepan dengan isu sensasi, pelakon Puteri Balqis tetap menunjukkan komitmen tinggi apabila meneruskan kerjasama bersama sebuah jenama beg dan kasut terkenal.
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Nak Menangis’ – Individu Kongsi Puteri Balqis & Keluarga Tak Berkira Walau Terima Bayaran Rendah
Artikel Berkaitan: Umie Aida, Izara Aishah Pertahan Puteri Balqis – ‘Dia Tak Pernah Kacau Orang, Dia Anak Yang Baik’
Reviu produk

Menerusi perkongsian semula di Threads, kelihatan Puteri Balqis, 18, bersama seorang hos sedang mempromosikan beg tangan daripada jenama berkenaan secara siaran langsung di aplikasi TikTok.
Kerja keras Puteri Balqis itu ternyata mendapat perhatian warganet, kerana mereka sangat kagum dengan jumlah respon yang diterima.
Puteri Balqis x Dr Cardin malam ini. 1.2 juta likes, lebih enam ribu tontonan dan 1*** beg terjual.
Kalau dia reviu, dia betul-betul buat. Kalau jadi duta, dia betul-betul menjual.
Menjengah ke ruangan komen, warganet juga gemar dengan cara Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu memberi ulasan terhadap produk tersebut.
Orang tanya dia, warna beg yang padan untuk baju. Kalau tak sesuai, dia akan cakap tak sesuai.
Sebab itulah saya memang suka tengok dia reviu produk.
Tak perlu menangis kalau tak dapat berlakon, dia boleh buat banyak lagi kerja.
Terdahulu, kecoh di media sosial, apabila Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.
Dakwa Puteri Balqis, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.
Isu tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan seindustri dan warganet, yang rata-rata dilihat memberi kata-kata semangat terhadap Puteri Balqis.
Sumber: Threads








