Berita pertunangan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib dengan wanita pilihannya, Watie Hanifah menjadi bualan ramai sejak diumumkan pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Shuib Sepahtu Bakal Nikahi Watie Jun Depan – ‘Tapi Arwah Siti Sarah Tiada Ganti’
Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Pakai Baju Tapi Balut Badan’ – Netizen
Keluarga arwah ada sekali
@suciuwais Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati @shuibsepahtu ? Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah @raissuddin_hamzah Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua ? #raissuddin #raissuddinfamily #fyp #shuibsepahtu ? Semua Tentang Kita – NOAH
Bukan hanya Shuib dan Watie mencuri tumpuan bahkan kehadiran bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah serta ibu tiri, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder di majlis tertutup itu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Raisuddin telah meminangkan Watie untuk menjadi suri hati Shuib.
Selain itu, di entri berbeza, Makder menyifatkan suaminya sebagai seorang ayah yang terbaik dalam dunia ini.
Anggap sebagai anak sendiri
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan sikap Raisuddin yang menyayangi Shuib seperti anak sendiri. Ada juga pengikut yang menyifatkan Shuib bertuah apabila dikurniakan bapa mentua yang satu dalam sejuta.
Dalam pada itu, mereka juga mendoakan agar hubungan kekeluargaan ini kekal bahagia selama-lamanya.
Terdahulu, Shuib enggan mengakui mempunyai hubungan dengan Watie, namun akhirnya dia mendedahkan sedang mengenali hati ushawasan tersebut. Malah Shuib pernah menjelaskan, percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
Untuk info, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada pada Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Allahyarham Siti Sarah yang juga penyanyi disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.
Sumber: TikTok