berita

[VIDEO] 10 Iklan Raya Aidilfitri 2019 Wajib Tonton, Nombor 1 Pun Dah Best Weh!

May 29th, 2019 | by Asyraf Khalib
Video Popular

Selalunya time dekat-dekat nak raya ni, rakyat Malaysia dah terbiasa menantikan kemunculan filem pendek, video atau iklan hari raya daripada beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Macam-macam versi iklan kita boleh tengok. Ada yang lucu, yang sedih dan yang paling penting semuanya memberi pengajaran yang baik kepada yang menonton.

Memandangkan bulan puasa pun dah nak sampai ke penghujungnya, jadi kali ni admin nak kongsikan dengan korang 10 iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 yang paling best dan memang masuk list wajib tonton di OHBULAN!

1. Rendang SoRaya – Petronas

Iklan raya Petronas tahun ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Soraya yang teringat akan kenangan sewaktu menyiapkan rendang sebagai juadah di pagi hari raya bersama arwah ibunya. Dia kemudian cuba mengingati kembali resipi rendang arwah ibunya dan memasak sendiri rendang yang sama untuk ayahnya. Nak tahu Soraya berjaya atau tak korang kena tonton sendiri iklan ini!

2. Siapakah Aku? – Sunway

Siapakah Aku? Tengok tajuknya pun dah timbul persoalan macam-macam. Tapi itulah keunikan iklan raya daripada Sunway tahun ini. Hanya kerana satu keperluan yang sama, dalam tak sedar kita semua bersatu tidak mengira bangsa dan agama. Saling melengkapi dan saling membantu. Jadi, Siapakah Aku yang dimaksudkan tu? Korang kena tonton sendiri video raya Sunway ini.

3. Dugaan Ramadan – McDonald’s

Ramadan, keindahannya tidak terucap dengan kata-kata. Dalam bulan yang penuh berkat ini, kita digalakkan untuk bersabar dan bersyukur walaupun didatangi ujian dan dugaan. Jom kita tonton kisah yang memberi makna dan pengisian pada jiwa ini. Terbaiklah McDonald’s!

4. Raya Lain Maciem – Mister Potato

Kalau korang rasa raya tahun ni biasa-biasa je, better korang tengok iklan raya Mister Potato ni pulak. Admin yakin hari raya korang akan jadi lain maciem lepas tonton video ni. Mister Potato Raya Lain Maciem mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan resah cuba memikirkan cara untuk jadi someone yang luar biasa dan lain maciem waktu hari raya nanti.

5. Jalan Raya – Fashion Valet

Rasa tak lengkap raya kalau tak balik kampung jumpa mak. Samalah macam Sophia dalam iklan raya Fashion Valet ni. Katanya raya tahun ni dia dah dapat cuti dan boleh balik Kedah. Tapi sepanjang perjalanan nak balik tu macam-macam masalah datang. Apa yang best kalau korang tonton iklan ini ialah korang sendiri actually boleh tentukan kisah perjalanan Sophia di Jalan Raya. Caranya, korang cuma perlu tengok video sampai ke penghujung kemudian pilih mana satu korang suka!

6. Luminarc Dinner Set Square – Tesco

Nak hidangan raya tahun ni lebih eksklusif? Korang boleh dapatkan set kelengkapan dapur Luminarc daripada Tesco. Jom cuci mata tonton video pendek Tesco ini dulu. Mana tahu berkenan, boleh juga beli dan hadiahkan dekat mak satu set!

7. #BuangBalikRaya – Grab

Iklan raya yang satu ini rasanya paling kreatif. Yelah, dalam sibuk syarikat lain terbitkan iklan raya yang memaparkan tentang persiapan hari raya di tahun 2019, Grab pula muncul dengan iklan versi throwback dengan mengambil sedutan pendek dalam iklan-iklan raya lain yang terdahulu. Siap ada mesin masa weh!  Jom kita pakat throwback bersama #BuangBalikRaya. Segala krisis dan masalah yang dihadapi oleh beberapa watak dalam iklan-iklan raya tahun lalu nampaknya berjaya diselesaikan dengan bantuan Grab!

8. The Beauty of Raya – Pavilion KL

Korang dah pergi Pavilion KL ke belum? Kalau belum admin rasa dah sampai masanya untuk korang cepat-cepat pergi shopping dekat situ sebab sambutan raya di Pavilion KL tahun ini sangatlah meriah. Kalau korang nak tambah semangat dan mood shopping raya, tengok video ni dulu!

9. Hero Realiti- Digi

Iklan Raya yang satu ini paling sedih dan sebenarnya sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Video pendek ini mengisahkan tentang kecekalan dan semangat Encik Md Zin iaitu seorang penghidap penyakit strok dalam usaha memulihkan diri agar dapat berjalan serta melakukan aktiviti harian seperti biasa. Dengan sokongan kuat keluarga, inisiatif Digi dan bantuan kepakaran terapi teknologi VR, akhirnya Encik Md Zin pulih.

10. Senheng Ceria Bersamamu

Gadis cantik ini runsing apabila terpaksa shopping raya last minute untuk ibu, ayah dan adiknya sebelum balik kampung. Ini situasi biasa berlaku bila dah dekat nak raya sebab semua ahli keluarga pun nak beli macam-macam barang keperluan baru. Itu belum masuk lagi barang-barang keperluan sendiri. Mau penuh kereta dengan barang-barang, silap-silap tak muat. Nasiblah ada Senheng, korang boleh beli secara online dan mereka siap ada servis delivery sampai depan pintu rumah lagi tau. Jom tonton video ini!

Korang suka iklan yang mana?

Haaa… mana satu iklan raya pilihan korang? Kalau admin semua pun admin suka tau! Apa pun di kesempatan ini kami di OHBULAN! mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hati-hati ya balik kampung!

SKIP THIS AD ×