Pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada Februari yang lalu ternyata masih dirasai oleh semua terutama isteri dan anaknya. Sebagai ibu, Bunga Citra Lestari cuba bangkit dan menjadi kuat demi anaknya Noah.
Artikel berkaitan: ‘Sejujurnya Masih Belum Bisa..’- Terima Ucapan Hari Lahir, BCL Akui Masih Bersedih Kehilangan Suami
Terbaru, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ itu menghasilkan buah tangan baru buat para peminatnya. Lebih menyedihkan, lagu ’12 Tahun Terindah’ didedikasikan untuk arwah suami tercinta. Sumpah sedih!
12 Tahun Terindah
Lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ merupakan hasil tangan khas Bunga buat arwah suaminya. Menerusi bait-bait lirik tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya.
Meskipun Ashraf sudah pergi meninggalkannya dan Noah, Bunga akan terus kuat dan bangkit demi anak tunggal mereka. Memori bersama juga akan disimpan dan menjadi kenangan buat selamanya. Setakat ini lagu tersebut telah mendapat lebih daripada 264k tontonan dan 73k likes.
Semua menangis!
Terdahulu, Aishah Sinclair telah memuat naik satu video pendek di mana video tersebut memaparkan ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dan ahli keluarga Bunga Citra Lestari sedang mendengar lagu baru tersebut. Kesemua mereka kelihatan menitiskan air mata dan tidak dapat menahan sebak semasa mendengar lagu ?. Rata-rata netizen dan kenalan rapat turut meninggalkan komen yang mereka juga merasai perasaan Bunga dan Noah selepas kehilangan Ashraf.
Stay strong!
Sumber: Bunga Citra Lestari