Setelah 18 hari berada di dalam wad, suami kepada penyanyi Syura Badron iaitu Muhammad Farizat akhirnya dibenarkan pulang ke rumah, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Suami Dalam Kesakitan, Dia Tak Pernah Berhenti Fikir Untuk Cari Rezeki Buat Keluarga’ – Syura
Artikel Berkaitan: Suami Syura Badron Masuk Hospital, Alami Lecur Teruk Akibat Letupan Gas Memasak – ‘Semoga Ada Hikmah Di Sebalik Ujian Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syura Kongsi Keadaan Suami Di Hospital, Wajah & Tangan Dibalut – ‘Percayalah Akan Ada Pelangi Untuk Kita Nanti’
Alhamdulillah
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Syura menerusi Instagram Story miliknya. Menerusi posting tersebut, wajah Farizat dilihat sudah semakin okey dan tidak perlu dibalut lagi.
Manakala, bahagian tangan dan kakinya masih perlu dibalut dan dirawat. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! lagi, Farizat memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
Menurut Farizat, dia bersyukur kerana dapat pulang ke rumah setelah dua minggu lebih berada di hospital.
Video
Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.
Sumber: Syura Badron