berita

[VIDEO] 3 Bulan Tak Boleh Tidur Diganggu Bayangan Kekasih Dibunuh, Lelaki Akhirnya Serah Diri Pada Polis

October 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Tak Tahan Diganggu Serah Diri Pada Polis

Seorang lelaki tampil menyerahkan dirinya kepada pihak polis selepas hampir tiga bulan tidak boleh tidur kerana tertekan diganggu bayangan kekasih yang dibunuhnya.

Itulah kisah yang dikongsikan seorang bekas anggota polis yang dikenali sebagai Daud Yatim di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mati Tak Boleh Mengucap, Ini Pengakhiran Seorang Lelaki Yang Suka Mencarut – ‘Masa Nazak Pun Dia Mencarut’

Tak boleh tidur 3 bulan

@daudyatim #Cegahkemungkaran ? original sound – DAUD

Menerusi hantaran yang dimuat naiknya, Daud memaklumkan bahawa kejadian itu terjadi ketika dirinya berkhidmat sebagai pegawai lokap di sebuah balai polis.

Menurut Daud, suspek memaklumkan bahawa pergaduhannya dengan kekasih pada ketika itu tercetus kerana gadis itu enggan memberikan wang seperti mana yang diminta.

Mula-mula dia (suspek) ni bergaduh dengan kekasih dia berkenaan duit. Dia minta duit tapi kekasih dia tak mahu bagi.

Kemudian dia minta gelang dan rantai pun kekasih dia tak mahu bagi akhirnya dia ketuk kepala kekasih dia ni sebelum ambil gelang dan rantai.

Rupanya ketukan itu mengakibatkan pendarahan di kepala dan menyebabkan mangsa pengsan.

Suspek kemudiannya membiarkan mangsa terkulai di tempat kejadian sebelum datang semula memeriksa mangsa pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, dia pergi tengok dan mendapati kekasihnya itu telah mati. Dia kemudiannya mencampakkan mayat kekasihnya itu ke dalam sungai.

Selepas kejadian itu, suspek mendedahkan dirinya tertekan sehinggakan tidak mampu untuk tidur kerana sering didatangi bayangan kekasihnya itu.

Suspek tak boleh tidur selama beberapa bulan kerana diganggu kekasihnya. Menurut suspek, kekasihnya itu memaklumkan bahawa, ‘Kalau kau tak serah diri pada mana-mana balai polis, aku akan ganggu kau.

Jadi disebabkan itu dia jadi stres, tak boleh tidur malam sebab diganggu setiap waktu terutamanya waktu Maghrib dan dia pun serah diri.

Respon netizen

Lelaki Tak Tahan Diganggu Serah Diri Pada Polis

Lelaki Tak Tahan Diganggu Serah Diri Pada Polis

Lelaki Tak Tahan Diganggu Serah Diri Pada Polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar si pelaku sedar akan perbuatannya itu dan segera bertaubat.

Mereka juga berharap agar kisah yang diceritakan ini menjadi iktibar buat mereka di luar sana.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×