berita

[VIDEO] Mati Tak Boleh Mengucap, Ini Pengakhiran Seorang Lelaki Yang Suka Mencarut – ‘Masa Nazak Pun Dia Mencarut’

September 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

LelakiTakBolehMengucapSukaMencarut

Tular di aplikasi X perkongsian seorang wanita mengenai kisah benar tentang pengakhiran seorang lelaki yang tidak dapat melafazkan perkataan ‘Lailahaillallah’ sewaktu dirinya nazak dan meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sempat Ajar Dia Mengucap..’ – Lelaki Meninggal Dunia Dibelasah

Terlibat dengan kemalangan

LelakiTakBolehMengucapSukaMencarut

Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut menjelaskan bahawa lelaki tersebut terlibat dalam satu kemalangan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Ini adalah kisah benar yang berlaku di Malaysia. Ada seorang pak cik ni dia kemalangan.

Selepas dia kemalangan dia dimasukkan ke ICU dan doktor maklumkan kepada isteri pak cik ini yang pak cik ni memang menghitung hari kerana berada dalam keadaan yang kritikal.

Sepanjang berada di dalam unit rawatan rapi tersebut, lelaki berkenaan dijaga oleh isterinya.

Namun, selepas beberapa hari menjaga suaminya itu, si isteri membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ustaz dan bertanyakan apakah hukum sekiranya seorang isteri tidak mahu menjaga suami yang sedang sakit.

Jadi isteri pak cik ni pun jagalah suami dia sepanjang sakit. Dipendekkan cerita dua hari selepas mak cik menjaga dan merawat pak cik tersebut, dia berjumpa dengan seorang ustaz.

Dia tanya, ‘Ustaz, apa hukum kalau saya tak nak jaga suami yang sedang sakit?’

Tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan itu, ustaz tersebut terus memaklumkan akan melawat lelaki tersebut dan isterinya di hospital.

Tak boleh mengucap

LelakiTakBolehMengucapSukaMencarut

Setibanya ustaz tersebut di hospital, dikatakan lelaki tersebut berada dalam keadaan nazak.

Melihat keadaan tersebut, ustaz terus meminta lelaki berkenaan untuk mengikutnya melafazkan kalimah ‘Lailahaillallah’ namun lelaki tersebut sebaliknya mencarut.

Bila ustaz tu datang melawat, kebetulan pak cik tersebut berada dalam keadaan kritikal dan nazak.

Jadi ustaz ni pun kata, ‘Pak cik ikut saya sebut ‘Lailahaillallah’, tapi pak cik ini mencarut’

Tidak berputus asa, ustaz terus memintanya untuk melafazkan kalimah tersebut buat kali kedua namun lelaki itu tetap mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dari mulutnya.

Sehinggalah pada akhirnya, lelaki itu menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sempat melafazkan dua kalimah syahadah.

Mencarut sepanjang sakit

LelakiTakBolehMengucapSukaMencarut

Selepas pengurusan jenazah suaminya itu, si isteri mendedahkan mengapa dia bertanyakan soalan tersebut kepada ustaz.

Menurutnya, sepanjang dia menjaga suaminya itu, dia melihat pesakit lain dalam keadaan kesakitan akan menyebut ‘Allah’, berzikir dan sebagainya. Namun, berbeza dengan suaminya yang mengeluarkan perkataan berunsur carutan setiap kali dirinya menahan kesakitan.

Selepas sahaja selesai pengurusan jenazah pak cik ni, mak cik ini menjelaskan perkara sebenar kepada ustaz.

Dia kata, ‘Ustaz nak tahu tak kenapa saya tanyakan soalan macam tu tempoh hari? Sepanjang saya jaga suami saya, bila dia sakit, dia akan menjerit menyebut aduh sakitnya dan dia mencarut.’

‘Saya sebagai seorang isteri malu sangat dengan jururawat, dengan doktor dan malu dengan orang sebelah yang sakit macam suami saya sebabnya mereka mendengar.’

‘Orang sebelah suami saya sakit juga ustaz tapi mereka sebut Ya Allah sakitnya, berzikir dan sebagainya.’

Di akhir perkongsian itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa isteri kepada lelaki berkenaan meminta agar ustaz untuk terus menyampaikan pesanan dalam ceramahnya kepada orang ramai agar tidak mencarut.

Ini kerana itulah perbuatan yang sering dilakukan suaminya, baik dalam keadaan bergurau dan sebagainya.

Video

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×