Setelah hampir tiga bulan tidak berjUmpa, pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur akhirnya dapat bertemu dengan dua anaknya, Humaira dan Umar.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sihat & Waras, Perbicaraan Boleh Diteruskan
Artikel Berkaitan: ‘Memang Terbuka Bercinta Secara Islamik Tapi ..’ – Nurul Shuhada Kongsi Fasa Manis Cinta Berubah ‘Bukan Soulmate’
Rindu Hafidz terubat
Di unstagram, Hafidz memuat naik beberapa hantaran memaparkan momen pertemuan bersama kedua-dua anaknya yang kini menetap bersama isterinya di Kangar, Perlis. Hafidz bersama ahli keluarganya yang lain datang ke rumah tersebut sambil membawa beberapa hadiah khas buat Humaira dan Umar.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu dilihat sempat memberi kucupan buat kedua-dua anaknya dan sesekali terlihat Humaira dan Umar tersenyum gembira kerana dapat meluangkan masa bersama bapa tercinta setelah hampir tiga bulan ‘terpisah’.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu melayan anak-anak di hadapan rumah dipercayai kediaman ibu bapa mentuanya namun kelibat isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak kelihatan.
Pada Jumaat, Hafidz disahkan waras dan layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Dalam pada itu, beliau berkata status kesihatan pelakon berusia 29 tahun itu ketika kejadian memukul isterinya adalah satu perkara yang lain.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai hadapan sebagai sebutan semula kes setelah mendengar makluman daripada kedua-dua pihak.
Video
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi