Pelakon Hafidz Roshdi disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Dakwaan Isteri Hafidz Roshdi Gugur Kandungan, Polis Sahkan Terima Dua Laporan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Dah Ada Nama Untuk Anak Yang Gugur -‘Uwais, Tunggu Ibu Di Syurga’
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Sengaja Gugur Kandungan Tidak Benar, Ada Laporan Doktor Punca Akibat Tekanan’ – Nurul Shuhada
Sihat & waras
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri memaklumkan hal tersebut di hadapan Hakim Mohd Kaflli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret pada sebutan semula kes dan laporan psikiatri hari ini.
Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri sudah diterima dan tertuduh disahkan waras. Justeru, kes boleh dibicarakan.
Pihak pendakwaan juga memohon kepada mahkamah untuk memberikan tarikh lain untuk serahan dokumen.
Dalam pada itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir iaitu peguam yang mewakili pelakon tersebut memohon pihak pendakwaan untuk memberikan salinan berkaitan laporan psikiatri sebelum tarikh sebutan kes seterusnya.
Dalam sebutan hari ini, pendakwa raya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan hospital yang dikeluarkan dan mereka sudah dapat salinan dokumen.
Semua dokumen adalah berkaitan kes ini dan akan diberikan sebelum sebutan kes akan datang iaitu pada 17 Julai depan.
Mengikut laporan, Hafidz sihat dan waras, jadi perbicaraan boleh diteruskan.
Dalam pada itu, beliau berkata status kesihatan pelakon berusia 29 tahun itu ketika kejadian memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri adalah satu perkara yang lain.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai hadapan sebagai sebutan semula kes setelah mendengar makluman daripada kedua-dua pihak.
Terdahulu, Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret telah memutuskan pelakon filem Pusaka itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4, 000 dengan seorang penjamin.
Dalam pada itu, dia juga turut dikenakan syarat tambahan yang pertama iaitu dia perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan seperti yang dimohon oleh Timbalan Pendakwa Raya.
Syarat yang kedua, dia tidak boleh menganggu mangsa sepanjang kes berlangsung manakala syarat yang ketiga pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.
Hafidz didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.
Insiden tersebut terjadi rentetan isu kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga Hafidz dan Shuhada.
Sumber: Berita Harian