Foto: Tangkap layar video
Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap individu diwajibkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bahkan, larangan merentas negeri juga sudah mula diperketatkan oleh pihak kerajaan dan perkara tersebut secara tidak langsung menyukarkan seseorang itu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Boleh Balik Kampung, Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri
Artikel Berkaitan: Lagi Sedih Dari Drama Korea!’ – Setahun Terpisah Kerana Covid-19, Video Pertemuan Anak & Ayah Ini Undang Sebak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Daripada Anak-Anak, Tak Dapat Nak Balik Kampung Lagi…
‘Hanya boleh tengok dari jauh’
Foto: Tangkap layar video
Seperti video dikongsi seorang ibu dikenali sebagai Shila di laman TikTok, menceritakan kisah yang cukup meruntun hati apabila dia hanya boleh melihat nenek dan ahli keluarganya dari jauh berikutan larangan merentas yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Nenek minta nak jumpa cicit, Last jumpa masa Shaqif bayi lagi sebab dia yang jaga masa pantang. 3 jam rela nak datang sini, semata-mata nak jumpa kami walaupun jauh.
Difahamkan, neneknya perlu meredah perjalanan selama tiga jam dari Pattani ke Golok bagi membolehkan mereka bersua, namun mereka ketika itu terpisah dek sebatang sungai dan hanya mampu melambai dari jauh. Bercerita lebih lanjut, wanita ini mejelaskan sudah dua tahun mereka tidak bersemuka berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebelum ini, sudah menjadi ‘tradisi’ untuk berjumpa setiap dua minggu.
Semoga mek sihat walafiat, tunggu kami mek. Nanti kita jumpa tau!
Video penuh:
@shaqif.daniel?????? bunyi asal – Shila_ss
Sedihnya!
Sumber: Shila