Foto: Harian Metro
Pengawal keselamatan dengan kerjasama anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang gadis yang dipercayai cuba terjun dari tingkat lima sebuah pasar raya di Seksyen 7, Shah Alam.
Ambil masa 30 minit untuk pujuk
Foto: Kosmo
Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai cubaan bunuh diri itu. Setibanya di sana, mereka melihat gadis yang berusia 19 tahun itu berada di tingkat lima pasar raya terbabit dan cuba terjun.
Pengawal keselamatan dan pasukan bomba mengambil masa 30 minit memujuk mangsa agar tidak bertindak demikian. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Hasil daripada siasatan lanjut mendapati, mangsa dikatakan banyak mendiamkan diri dan tidak makan. Bukan itu sahaja, mangsa mendakwa ada terdengar bisikan suara yang menyuruhnya ke bangunan pasar raya tersebut.
Penyelia memaklumkan mangsa sedang menerima rawatan kemurungan.
Mangsa juga dipercayai pernah bertindak mengelar dan melukakan tangan sendiri. Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan seorang gadis seolah-olah mahu terjun dari hujung tingkat lima pusat beli belah berkenaan.
Video
Sumber: Harian Metro, Kosmo