![[VIDEO] 30 Tahun Lepas Sebagai Penerima, Kini Aliff Syukri Penyumbang Zakat Tertinggi 2025 – ‘Orang Kata Jangan Pandang Rendah Pada Mereka Yang Susah’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/aliff-syukri-4.jpg)
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi merupakan penyumbang zakat perniagaan tertinggi menerusi syarikat miliknya, D’herbs Holdings Sdn. Bhd. kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Aliff Syukri, Tetap Hadir Majlis Kahwin Staf Walaupun Jadual Padat – ‘Majikan Yang Baik, Humble’
Artikel Berkaitan: Shahida Tanya Sesuai Tak Hamil Lagi Pada Usia 40-an, Aliff Syukri Respon – ‘Sudah Ikat, Tak Boleh Beranak Lagi’
Gembira

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi dia sudah menjadi pembayar zakat sejak berusia 19 tahun.
Bila LZS bagitahu yang syarikat saya penyumbang zakat tertinggi, kita rasa bangga. Berbangga sebab saya ini dulunya tak pandai sekolah dan gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk nak bayar tinggi atau rendah. Daripada gaji saya RM600, saya sudah bayar zakat.
Jumlah tinggi atau rendah itu bergantung pada pencapaian sendiri, yang penting bayar bukan sebab nak berlumba dengan orang.
Kalau mampu bayar RM50, bayar lah jumlah itu. Saya dahulu bayar RM7 sekarang boleh bayar RM2,000,000.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) di Dewan Orkid, Wisma PKPS pada hari ini.
Kata Aliff, sebelum ini dia menerima bantuan barangan kelengkapan sekolah dan makanan ketika di sekolah rendah.
Saya juga pernah dapat basikal. Hari ini saya rasa macam mimipi, sebab throwback semula pada 30 tahun lepas saya adalah penerima zakat.
Sebab itu, orang kata jangan pandang mereka yang susah itu tidak boleh berjaya. Sesiapa pun kita, tetap berpeluang untuk berjaya.
Sementara itu, isterinya, Datin Seri Shahida berkata mereka bersyukur kerana sasaran yang ditetapkan untuk menunaikan zakat pada jumlah tersebut berjaya dicapai.
Selain Aliff, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga turut tersenarai sebagai penyumbang zakat yang konsisten menunaikan zakat perniagaan.
Dalam majlis yang sama, sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan tanggungjawab berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta.








