Foto: Tangkap layar video
Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan perhubungan tersebut berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun, ada pasangan yang ‘terkandas’ dan terpaksa melupakan hasrat tersebut berikutan beberapa faktor. Apa yang lebih menyakitkan, apabila wujudnya orang ketiga yang menjadi punca keretakan perhubungan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Kahwin 3 Bulan, Pengantin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan, Rancang Majlis Ahad Ini
Gadis cekal ditinggalkan kekasih
Foto: Tangkap layar video
Seperti video dikongsi seorang wanita dari Indonesia dikenali sebagai Nabila, menceritakan adiknya yang terpaksa akur dan reda susulan ditinggalkan teman lelakinya setelah empat tahun bersama. Menerusi video tersebut, gadis cekal ini gagal menahan sebak sebelum dipeluk dan dipujuk oleh ayahnya.
Ceritanya adik aku putus dengan teman lelakinya yang sudah 4 tahun bercinta. Putus macam itu sahaja. Padahal keluarganya dah saling kenal antara satu sama lain. Pergi mana-mana semua sekali. Ya Allah sakitnya.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila bekas teman lelakinya dipercayai berlaku curang dengan gadis lain yang dikenali menerusi permainan atas talian.
Lelaki bagitahu dia dah bosan, dah tak sayang dekat dia. Terus lelaki ni curang dengan gadis lain yang dia kenal daripada game ML.
Video tersebut kini telah memperoleh hampir 1 juta tanda suka dan pelbagai respons daripada netizen. Rata-rata netizen turut sebak melihat gadis ini yang dipujuk sendiri oleh ayahnya.
Video penuh:
@inkanabila_Maaap ya di ulang karna di hapus sama pihak tiktok?##fypdongggggggg ##fyp? suara asli – inkanabila
Ayah tetap yang terbaik
Sumber: Nabila