Foto: Tangkap layar video
Setiap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga sudah pastinya membuat persiapan dengan sebaik mungkin dan menanti hari penuh makna dengan sabar. Namun, tak semua yang dirancangkan akan berjalan seperti mana yang diinginkan oleh pasangan pengantin muda ini.
Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Kahwin 3 Bulan, Pengantin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan, Rancang Majlis Ahad Ini
Disahkan positif Covid-19
Foto: Tangkap layar video
Seperti perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Mutiara menerusi satu video di laman TikTok, tampil menceritakan dugaan-dugaan yang perlu ditempuh bersama pasangannya sebelum disatukan menjadi suami isteri.
Kisahnya bermula, apabila pasangan ini membuat perancangan untuk mengadakan majlis akad nikah pada 11 Julai yang lalu namun, atas persuratan takdir wanita ini disahkan positif menghidap Covid-19 walaupun segala persiapan sudah siap. Pada masa yang sama, gadis ini sempat menunjukkan persiapan-persiapan rapi telah dibuat sebelum majlis itu berlangsung.
Pre wedding sudah, fitting baju sudah, cincin dah beli.
Ujar gadis ini, rutin hariannya berubah dan terpaksa menjadikan panggilan video sebagai alternatif bagi berjumpa dengan kekasihnya. Selepas dirinya sembuh, gadis cekal ini menjelaskan segala persiapan termasuk kad undangan majlis pernikahan, hadiah buat tetamu yang hadir, baju bridesmaid sudah diagihkan dan sesi menguji makanan bersama pihak katering.
Foto: Tangkap layar video
Selalu biasanya jumpa hari-hari. Kali ini, jumpa melalui video call. Setiap hari rasa ingin sembuh dengan cepat biar boleh uruskan hal perkahwinan lagi. Selepas sembuh, undangan pun dah siap. Sampai baju saudara pun sudah selesai dijahit.
Walaupun, segala persiapan telah siap dibuat, pasangan ini terpaksa akur dan reda apabila pihak kerajaan Indonesia tidak membenarkan mana-mana pasangan untuk menganjurkan sebarang majlis.
Video penuh:
@sthmutiarakrishna?? original sound – Favoritemumas – Chococrunch
Stay strong!
Sumber: Mutiara