Korang tak tau nak ke mana untuk bercuti? Jom kita ke Perak sebab dekat sini ada banyak destinasi menarik untuk korang explore. Nak food hunting ada, nak camping sambil layan keindahan alam semula jadi pun ada, macam macam lah ada dekat Perak ni.
Baru-baru ni team OhBulan! bercuti di Perak selama 3 hari 2 malam. Nak tahu tempat apa best dekat Perak, jom kita tengok video ni!
https://youtu.be/rQZdgjHcdi8
Hari pertama kitorang ke Rock Garden Camping Resort Gopeng Perak. Dekat sini memang banyak aktiviti korang boleh lakukan seperti water rafting dan hiking di Bukit Batu Putih.
Hari kedua pula kitorang food hunting di Ipoh. Dekat Ipoh ni macam-macam makanan best ada yang korang boleh cuba seperti di Canning Dim Sum dan Concubine Lane. Selepas itu kitorang ke Kuak Hill Resort Lenggong Perak untuk malam terakhir. Dekat sini, view nature dia memang best, boleh nampak Tasik Raban dan Banjaran Titiwangsa.
Apa lagi korang tunggu? Jom kita cuti cuti Malaysia di Perak dan rasai pengalaman yang luar biasa!