Kucing merupakan salah satu haiwan yang mampu memberi keceriaan dan seri dalam sesebuah keluarga. Apatah lagi jika seisi keluarga mempunyai minat yang sama untuk memelihara haiwan tersebut. Sudah pasti suasana rumah korang akan menjadi riuh-rendah apabila masing-masing melayan ‘anak bulu’ bagaikan manusia. Tapi apa perasaan korang apabila kucing kesayangan tu dah tak ada?
Menerusi Twitter Cik Chaa Chaa, wanita ini kongsi video mengenai abahnya yang sedang menangis apabila kucing kesayangan mereka iaitu ‘Milo’ sudah tiada lagi. Sedihnya!
Yang ada kucing je faham
Yang ada kucing je faham perasaan ni. 6 tahun jaga dia sampai besar sihat, dia tidur dgn abah setiap hari. Hari ini dia pergi meninggalkan kami semua buat selamanya. My Umi record this video, dia pun tak tahan menangis. Sakitnya ya Allah. pic.twitter.com/pcbU23Fb4T
— ??????? ??? ????? (@CikChaaChaa) November 14, 2020
Menurut Cik Chaa Chaa, mereka telah menjaga ‘Milo’ selama enam tahun. Sepanjang tempoh tersebut, ‘Milo’ merupakan kucing yang paling manja dengan abahnya sehinggakan mereka tidur bersama. Namun, siapa sangka usia ‘Milo’ tidak panjang dan mereka terpaksa menerima hakikat bahawa ‘Milo’ sudah tiada lagi. Beberapa video momen bersama ‘Milo’ turut dikongsikan sepanjang haiwan itu bersama mereka.
Tak pernah kencing merata
Tengok tu dia tidur mcm mana. Macam dia orang paling penat. Sayangnya dekat milo ? Dia sangat baik, tak pernah kencing merata, tak merayau, duduk rumah je. Mmg berkepit dgn abah. pic.twitter.com/HfkwMgbcEw
— ??????? ??? ????? (@CikChaaChaa) November 14, 2020
Selain manja bersama abah, ‘Milo’ merupakan kucing yang sangat baik dan tidak pernah membuang air di merata-rata tempat. Berkongsi mengenai detik sedih itu lagi, Chaa Chaa memberitahu bahawa dia mengetahui berita tersebut daripada ibunya menerusi kiriman Whatsapp. Ibu turut menyatakan keadaan abah yang menangis sangat teruk pada waktu itu. Perasaan terkilan kerana tidak dapat pegang ‘Milo’ buat kali terakhir turut diluahkan oleh Chaa Chaa di Twitternya.
Sumber: Cik Chaa Chaa