berita

[VIDEO] 7 Pelajar Universiti Maut Pagar Balkoni Runtuh

March 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sekumpulan pelajar universiti di Bolivia, Amerika Selatan, berdepan detik cemas apabila berlakunya insiden di mana balkoni di hadapan dewan tempat mereka berhimpun telah runtuh. Menerusi video tersebut, kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba sebelum pelajar yang lain terjatuh ke bawah susulan ‘tekanan’ terhadap balkoni itu.

Tambahan pula, jika dilihat keadaan ketika itu, begitu sesak dengan para pelajar. Namun, terdapat beberapa mangsa berjaya diselamatkan daripada terus terjatuh ke bawah.

Video kejadian

Menerusi laporan yang dipetik daripada AlJazeera,  sebanyak tujuh pelajar dilaporkan meninggal dunia susulan insiden tersebut. Manakala, lima pelajar disahkan cedera parah akibat terjatuh dari tingkat empat bangunan tersebut. Difahamkan, keadaan sesak ketika itu kerana para pelajar sedang berkumpul untuk memasuki dewan perhimpunan.

Kejadian tersebur berlaku Selasa lepas, di Universiti El Alto, La Paz. Bagaimanapun, terdapat pelajar yang berjaya diselamatkan kerana berpaut kepada rakan yang lain.

Dari kemalangan ini, tujuh mati dan lima berada dalam keadaan kritikal, beberapa di antaranya telah stabil.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Eduardo del Castillo, mangsa yang meninggal dunia berusia antara 20 hingga 24 tahun dan kes ini akan disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber: AlJazeera & Twitter Viral<

SKIP THIS AD ×