Tujuh sekeluarga melalui keperitan hidup apabila terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta selepas diperdaya oleh scammer.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tanggung Beban Hutang RM1 Juta, Pemuda Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Artikel Berkaitan: “Sebenarnya Puan, Saya Tinggal Dalam Kereta Dengan Anak-Anak…..”
Ditipu scammer
@stevensimck Rumah bergerak 7 sekeluarga ? #stevensim #jalanteruih #fyp #foryou #fyp? #foryoupage #penangjalanteruih #kerajaanmadani #parlimenmalaysia #pmx #madani #fyp?? #parlimen #ksm #kesuma
Menerusi perkongsian di TikTok, Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memuat naik video yang memaparkan sebuah keluarga tinggal di dalam sebuah kereta.
Menurut ketua keluarga yang dikenali sebagai Hilmi, dia, isteri dan lima orang anak tinggal dalam kereta tersebut selama tiga bulan selepas insiden ditipu ketika ingin menyewa rumah.
Selepas kena scam, kami tidur di dalam kereta.
Kami sudah bayar deposit rumah sewa dan selepas ditipu kami buat laporan polis.
Difahamkan Hilmi merupakan seorang pemandu lori yang berasal dari Kelantan dan berhijrah ke Pulau Pinang.
Sebak menerima bantuan
Steven kemudian menguruskan bantuan buat mereka dengan menyediakan rumah baharu dengan bayaran sewa selama setahun, bantuan persekolahan anak-anak dan mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi.
Selain itu, Steven juga menghulurkan wang sebanyak RM2,000 untuk mereka membeli barangan keperluan.
Hilmi dan isterinya tidak mampu menahan air mata apabila menerima bantuan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Steven kerana sudi membantu mereka.
Sumber: TikTok Steven Sim