Pelakon Fattah Amin menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya dengan isteri, Fazura sedang retak menanti belah.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Jarang Lepak Sejak Ada Fatima -‘Saya Lebih Banyak Menghabiskan Masa Bersama Keluarga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Jadikan Gambar Fazura & Fatima Sebagai ‘Wallpaper’ Telefon – ‘Bila Shooting Inilah Peneman Saya’
Sangat sayangkan dia
Menurut Fattah, tahun ini merupakan tahun yang ketujuh mereka mendirikan rumah tangga. Sebagai suami, Fattah meluahkan rasa bertuah kerana memiliki Fazura sebagai isteri.
Ujar Fattah lagi, Fazura seorang yang positif, pemurah dan menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus melakukan kebaikan hari demi hari. Tambah pelakon ‘Mat Kilau’ itu lagi, isterinya sanggup membanting tulang demi kelangsungan hidup mereka.
Sudah tujuh tahun dengan dia, saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka hargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.
Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat terinspirasi dengan sikap tidak berkiranya.
Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja.
Namun, dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatimah. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang.
Menerusi temu bual di Youtube Pa&Ma, Fattah turut menyifatkan Fazura sebagai perempuan satu dalam sejuta.
Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).
Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai.
Terdahulu, viral di media sosial mengenai dakwaan kononnya hubungan mereka sedang berada di dalam masalah. Ini kerana, mereka didakwa sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka (likes) dalam media sosial masing-masing.
Walau bagaimanapun, Fazura telah tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan mereka sengaja berbuat demikian demi menjalani hidup lebih privasi.
Video
Sumber: Pa&Ma