berita

[VIDEO] 7 Tahun Kahwin Masih Tidak Dikurniakan Cahaya Mata, Luahan Achey & Isteri Buat Netizen Sebak

January 3rd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pelawak Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya memang antara pasangan yang sering mendapat perhatian. Kelatah mereka yang menghiburkan itu sering membuatkan netizen tak kering gusi. Ada sahaja idea mereka untuk melawak. Namun siapa sangka, disebalik segala senyum dan tawa Achey demi menghiburkan kita, terdapat kisah sedih dalam hidupnya dan isteri.

Menerusi rancangan Di Balik Tawa baru-baru ini,  Achey dan isteri  meluahkan perasaan sedih masih tidak dikurniakan cahaya mata. Perkongsian mereka menyentuh hati sesiapa mendengarnya. Sebak.

Saya tak boleh menyentuh pasal anak

Saya tak boleh menyentuh pasal anak. Dia tak cakap apa apa, Walaupun 7 tahun orang cakap dia macam ni, orang cakap dia mandul ke apa. Dia tak kisah pun. Dia tak pernah ambil kisah.

Yang dorang tahu cuma duit. Dorang tak tahu perjalanan hidup kita orang, dorang tak tahu apa yang kita orang lalui. Apabila sebut pasal anak, memang saya teringin ada anak. Saya nak juga mengandung 9 bulan macam orang lain. Yang membuatkan kiteorg kuat disebabkan anak anak kawan. Anak anak saudara. Saya memang suka budak. Kita orang kuat sebab anak orang lain.

Menerusi luahan Achey, dia terasa hati apabila ada yang sering membuat tomahan terhadap isterinya. Namun isterinya tak pernah ambil peduli. Isterinya turut teringin mempunyai anak, namun mereka harus sabar dan terus berusaha.

Saya minta maaf mendekati anak anda

Saya tahu lebih lama orang lain tak dapat anak. Saya kongsikan dengan orang lain yang cahaya. Saya minta maaf kepada kawan kawan kalau saya mendekati anak mereka kerana saya suka kanak-kanak. Saya pinjam kasih sayang itu sekejap, walaupun sekejap. Saya akan cuba membahagiakan dia dengan cara lain. Saya tahu dia ingin menjadi seorang ibu. Perasaan ingin ada anak.

Tersentuh hati kami dengan segala luahan Achey dan isteri. Kami mendoakan agar mereka berdua tabah menghadapi ujian Allah ini. Percayalah perancangan Allah SWT itu hebat dan terbaik. Kami dari team Oh!Bulan sentiasa mendoakan kebaikan buat kamu berdua. Semoga 2018 membuatkan kehidupan bertambah baik. Aamin.

Sumber : Youtube Astro Warna

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×