Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun, tidak semua pasangan mampu mengekalkan hubungan tersebut sebaliknya terputus di tengah jalan.
Menangis datang majlis bekas kekasih
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang gadis menangis saat menghadiri majlis perkahwinan bekas teman lelakinya. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, gadis yang mengenakan hijab berwarna coklat itu menangis sehingga matanya kelihatan bengkak melihat pasangan pengantin di atas pelamin.
Sesekali, kelihatan gadis ini mengesat air matanya yang gugur. Pada masa yang sama, kelihatan gadis ini ditenangkan oleh rakan-rakan yang turut hadir ke majlis tersebut. Difahamkan, gadis ini bersama bekas teman lelakinya telah menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun namun siapa sangka, hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana si lelaki memilih untuk mengahwini gadis yang baru dikenalinya selama lima bulan.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut bersimpati melihat keadaan gadis ini. Mereka sempat memberi kata-kata semangat supaya gadis ini tabah dan dapat menemui pasangan yang terbaik untuknya kelak.
Video
Sumber: Liputan6