Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz berdepan kerugian hampir RM90,000 selepas ditipu agensi umrah.

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Kurang Senang ‘Influencer’ & Artis Buat ‘Content’ Tak Bermanfaat – ‘Jaga Tepi Kain Sendiri Sudahlah’

Kena tipu

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz memuat naik video meluahkan rasa tidak puas hati terhadap agensi umrah tersebut.

Pelakon asal Singapura itu mendakwa tidak menerima sebarang gaji selepas bekerjasama dengan agensi itu.

Lebih menyakitkan, kejadian itu terjadi selepas isterinya Diyana Halik berdepan dengan insiden pekerja pecah amanah mencuri wang syarikat.

Selepas kes isteri, saya pula kena. Gaji tidak dapat, komisen pun tidak dapat. Malah saya bagi pinjaman hampir RM90,000 pun tidak dibayar.

Perkara itu juga menjejaskan kesihatan pelakon berusia 49 tahun itu di mana bacaan tekanan darahnya meningkat kepada 179.

Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua, buat baik pun kena berpada-pada. Sampai di hospital, tekanan darah 179.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan kepada Aaron dan mendoakan agar urusan pelakon itu dimudahkan.

Sumber: Instagram