Di Instagram, Dr Say Shazril berkongsi momen pertama kali Ace dan Sefriel berjumpa dengan adik mereka Zeqriel. Menerusi video yang dikongsikan, pelbagai reaksi dapat dilihat menerusi raut wajah Ace dan Sefriel.
Artikel Berkaitan: Dr Say Timang Cahaya Mata Ketiga – ‘Welcome Zeqriel!’
Abang-abang jumpa adik
Masanya telah tiba untuk bawa pulang baby berjumpa abang-abangnya. Masa sampai rumah Sefriel tengah tidur dan 1st reaction Ace tidak boleh jangka tapi lama kelamaan sweet sangat dia.
Bila Sefriel dah bangun dan berjumpa adiknya pun instant connection. Gonna keep this here, terharu sangat dengan anak-anak daddy. Alhamdulillah my family is complete.
Menurut Dr Say, dia dan isteri Dr Azura tidak menyangka anak sulung mereka akan memberikan reaksi ‘no, no, no‘ pada awalnya. Namun, mereka terharu dan gembira apabila Ace boleh menerima kewujudan adiknya itu selepas diberi penjelasan oleh Dr Azura.
Malah, Ace turut membantu Dr Azura menyiapkan tempat tidur Zeqriel. Lebih mencuri tumpuan, Ace turut mencium adiknya itu dan tidur bersama.
Reaksi Sefriel pula sedikit berbeza apabila dia mahu mendukung adiknya itu tatkala bertentangan mata buat kali pertama di rumah. Sebagai bapa kepada tiga orang cahaya mata, Dr Say berkata dia bersyukur apabila anak-anaknya gembira melihat kehadiran Zeqriel.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Dr Say