Beberapa bulan yang lalu, tularnya video memaparkan seorang lelaki berbaju merah yang menunjal kepala seorang wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.
Susulan daripada itu, suspek yang bernama Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, itu ditahan dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari atas tuduhan melakukan ugutan dan mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.
Artikel Berkaitan: John Dihani Minta Maaf, Menyesal Fitnah ‘Buta Tuli’ Shuib & Siti Sarah
Jelaskan apa yang terjadi
Terbaru, Zaim yang bekerja sebagai penyelia kilang tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi pada ketika itu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Mohammad Zaim Faiz Bin Tarmizi pertama sekali nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas sebab kelakuan saya kepada seorang wanita yang saya tunjal di Cameron Highlands, Jalan Tapah.
Menerusi potongan yang dimuat naik pengguna bernama Shahdan di TikTok, Zaim turut menjelaskan sebab dirinya menunjal kepala wanita tersebut.
Disini saya nak ceritakan situasi sebenar daripada A to Z, apa yang jadi, apa yang jadi kepada isteri anak saya dan kenderaan saya.
Daripada Cameron kami dah habis beriadah, jalan-jalan apa semua dan kami dalam perjalan untuk balik ke Shah Alam.
Saya melalui jalan Tapah dan pada ketika itu aliran trafik sangat sesak sebab banyak kereta yang nak pulang.
Secara tiba-tiba, terdapat sebuah kereta dari arah bertentangan hampir melanggar dan menghimpit kenderaan dipandu Zaim.
Difahamkan kenderaan dari arah bertentangan tersebut turut melakukan brek kecemasan selepas sebuah kenderaan di belakang Zaim yang dipercayai dipandu wanita terbabit mencuba untuk memotongnya ketika berada di selekoh tajam.
Lepastu ada satu part di mana ada sebuah kereta pacuan empat roda dan Perodua Myvi yang sedang memotong tetapi Myvi masih berada di belakang saya.
Macam biasa saya teruskan perjalanan sehinggalah tiba di selekoh tajam. Saya fokuskan dengan pemanduan saya dan tiba-tiba ada sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba dia menghala ke saya sambil brek kecemasan dan membunyikan hon.
Bila saya toleh ke belakang, kereta Myvi tersebut cuba untuk memotong kereta saya tetapi tidak lepas.
Bahayakan nyawa Zaim sekeluarga
Zaim kemudiannya terpaksa melakukan brek kecemasan sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terkeluar daripada landasan jalan.
Menurut Zaim, sekiranya dia menekan brek ketika tayarnya terkeluar dari landasan, sudah pasti dia sekeluarga akan terjatuh ke dalam gaung.
Bila kereta tu (arah bertentangan) brek kecemasan dan tiba-tiba menghala ke saya, saya jadi kelam kabut. Saya nak tekan brek, anak isteri saya ada di belakang, kalau saya nak tekan minyak memang tak lepas dah sebab kereta lain ada di hadapan.
Waktu saya brek kecemasan itu, tayar kereta saya pun dah terkeluar daripada landasan jalan.
Saya bernasib baik sebab saya tak tekan brek pada ketika itu sebab kalau saya tekan brek maknanya saya akan jatuh dan bukan saya sahaja akan jatuh, kereta di belakang saya semuanya akan jatuh ke gaung.
Zaim memaklumkan bahawa anak dan isterinya yang duduk di tempat duduk penumpang turut terjatuh akibat daripada kejadian itu.
Ekoran daripada kejadian itu, Zaim gagal mengawal kemarahannya sebelum bertindak seperti mana yang tular di media sosial kerana berang anak dan isterinya kesakitan.
Zaim menjelaskan perkara tersebut dalam satu sesi perjumpaan bersama Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula memberikan sokongan kepada Zaim apabila mendengarkan penjelasan yang sebenar.
Namun, ada juga yang tampil mengecam Zaim kerana menganggap tindakan yang dilakukannya itu tidak wajar waima wanita tersebut melakukan kesilapan sekalipun.
Video
@adanjerrr #fyp #fyp? #viral #tiktokmalaysia #foryou #semboyanmalaysia ? bunyi asal – Shahdan
Sumber: TikTok